Latest Post

Kalimah Keramat HKR#112

KALIMAH KERAMAT HKR#112


gambar di ambil dari fb gamis
Kabus subuh Sabtu itu, 
tiada lagi kesepian,
Sukma rakyat mulai bersatu,
merawat kedukaan, menguntum kebahagiaan

Derap kaki melangkah gagah;
menggalas hasrat,menjulang maruah,
Titis peluh menjadi saksi
Derita rakyat, noktahnya disini!

Kezaliman sudah lelah;
menongkat syaitan yang tua sudah,
Kubur kuasawan itu nanti
Talkinkan ia dengan Keadilan yang Suci.

Kalimat keramat sudah bergema;
Merdeka Rakyat!-merdeka kita semua,
Di atas leburnya secebis kezaliman,
kita nyalakan unggun keadilan.


Sang Pejuang,
Muhammad Farid Al-Hadhari
Teratak Akal dan Budi
Senja 1Rabi'ul Awal.

 

Ziarah Mahabbah : GAMIS bersama Dr. Zulkifli Al-Bakri

gambar hiasan | artikel ini disumbang dalam web GAMIS Pusat

Akhir bulan Julai kali ini ditutup dengan pertemuan yang amat bermakna buat pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pusat. Setelah berbincang akhirnya tokoh ilmuan terkenal Malaysia, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudi untuk menerima lawatan daripada pihak GAMIS dalam menjayakan misi menghubungkan mahasiswa Islam dengan barisan tokoh dan ilmuan. 


Pertemuan itu dihadiri seramai 5 orang pimpinan GAMIS pusat serta beberapa anak didik Dr. Zulkifli Al-Bakri yang kebanyakannya mahasiswa daripada USIM. Pertemuan yang berlangsung selama hampir satu jam dimanfaatkan untuk mendapat beberapa noktah penting seputar isu yang melibatkan fiqh siasi dan isu-isu fiqh khususnya di Malaysia.
 

Mahasiswa & Dakwah




Artikel ini disumbang untuk satu buletin Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Pemanas setelah tinta maya sejuk beberapa bulan.

Konotasi mahasiswa menggalas pengertian yang sangat besar. Kalimah tersebut selangkah besar perbezaannya dengan perkataan pelajar, apatah lagi apabila dikacukkan perkataan mahasiswa dengan Islam. Mahasiswa Islam; semakin besar tugasan dan cabaran yang perlu dipikul oleh manusia muda yang memakai pakaian Mahasiswa Islam ini. Tugasnya bukan lagi untuk  membangunkan potensi dirinya sendiri, malah ia perlu membina dan membangunkan ummah yang kian lena khususnya mereka yang segolongan dengannya.

Kita sedia maklum dengan rentetan sejarah mahasiswa di Malaysia.  Di era 70-an, mahasiswa di Malaysia dilihat memaksudkan peranannya sebagai ‘jurubicara ummah’, ‘ejen perubahan’ dan sebagainya apabila mengangkat isu penduduk di Baling ke mata masyarakat umum. Beberapa isu-isu lain turut diperjuangkan oleh golongan mahasiswa sehingga ke isu pendidikan percuma dan kebebasan akademik. Setiap isu yang hangat akan diperjuangkan, samada secara diplomasi mahupun konfrantasi. 

 

Pandanglah Pada Sisi Putihnya


Semester kelima dalam pengajian semakin mencabar. Saya masih ingat, saya telah menutup pintu semester dengan cabaran, dan saya membukanya kembali dengan sedikit rasa 'bahagia'.. :) Pelbagai lembaran baru mulai membuka sedikit demi sedikit khususnya buat diri saya.Dan saya pasti, Allah pasti cuba mengurniakan apa yang saya perlu, walaupun beribu perkara yang saya mahu tidak saya capai sehingga sekarang ini.

Tinggal di rumah sewa di Desa Kasia sedikit sebanyak mengajar saya erti kedewasaan. Mengurus diri, masa, emosi dan persahabatan akan sentiasa dihitung-hitung, tanpa melupakan necara imbangan dunia akhirat. Tipulah jika diri kita tidak pernah terlencong daripada alpa dan dosa, maka muhasabah dan istighfarlah yang sentiasa menjadi kalam kerinduaan ketika ujian datang menerpa.

Cuma, kali ini ingin saya titipkan di atas papan maya ini, berkenaan sahabat.
 

Madrasah Al-Qaradhawi: Suburkan Budaya Cinta Ilmu


Firman Allah SWT di dalam surah al-Jum’ah, ayat 2 mafhumnya :
“Dan Dia telah mengutuskan seorang Rasul yang ummi, mengajarkan bacaan kepada mereka ayat-ayatNya, dan mensucikan (tazkiyah) diri mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-kitab dan Al-Hikmah….”

Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya :
Barangsiapa yang dikehendaki Allah ke atasnya kebaikan, maka akan dikurniakan kefahaman dalam beragama (tafaqquh fiddin)
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger