Tarbiah Ramadhan Pada diri...

-posting ini bukan tertangguh, tetapi ditaqdirkan untuk ditangguh…

Sepanjang Ramadhan berlalu dahulu, terlalu banyak mulut ini bercakap, dan sedar tak sedar, percakapannya itu mula menjadi cermin balik terhadap diri. Seringkali saya dijemput untuk menjadi imam di surau-surau di setiap kolej kediaman, sehinggakan saya dapat merasakan tidak lebih dari 10 kali sahaja saya sempat bertarawikh di masjid. Pilu hati ini Allah sahaja yang tahu. Namun, tuntutan amanah meneguhkan diri agar terus bersemangat memenuhi jemputan.

Saya bertemankan sahabat saya bergilir-gilir menjadi imam di surau kolej kediaman, dan yang paling aneh saya tidak pernah ditugaskan imam untuk surau kolej kediaman lelaki. Sama ada di Camellia Court, Nilam Court, ataupun Desa Jati. Itulah lokasi-lokasi ‘tender’ saya sepanjang Ramadhan.

Disamping tarawih, saya diminta untuk mengisi ruang masa yang ada dengan tazkirah ringkas. Sememangnya, muka ini selalunya common dalam memberikan tazkirah. Ini antara perkara yang saya gariskan sepanjang tazkirah di bulan Ramadhan:

1) Sebut bulan Ramadhan, bukan bulan puasa. Kerana ramadhan bukan bulan untuk berpuasa sahaja. Ia juga bulan tarawih, tadarus, tahajud, dan sebagainya.

2) Melazimi diri untuk membaca al-quran disepanjang bulan Ramadhan ini. Kalau boleh, habiskan satu juzu sehari dan khatam sekali dalam bulan ramadhan ini.

3) Kalau tak dapat habis, setidak-tidaknya istiqamah walaupun sedikit, seperti pesanan Ustaz Alif YDP MPP.

4) Cuba amalkan satu ayat al-quran dalam kehidupan seharian kita. Satu ayat satu hari.

5) Sentiasa beristighfar setiap masa dan ketika.

6) Sentiasa bersangka baik dalam semua keadaan.

7) Berkesannya tarbiah ramadhan ini bukan pada bulan ini, tapi dilihat di bulan-bulan selepas ini. Jika tidak mendapat tarbiah ramadhan itu, makapuasanya sekadar lapar dan dahaga.

8) Jadikan amalan selepas ramadhan ini berterusan. Walaupun sudah tiada tarawih, namun boleh diganti dengan membaca al-quran.

9) Jadikan puasa kita pada bulan ramadhan ini yang paling terbaik. Puasa khususul khusus.

10) Pastikan 'bekas' kita pada bulan ramadhan ini tidak rosak, jika tidak amalan-amalan kita akan keluar menitis dari lubang-lubang yang bocor.

11) Ramadhan juga mengajar kita berjimat.

12) Sibuk-sibukkan diri kita dengan perkara akhirat ini, dan sentiasa mengingati ala dalam setiap ketika Allah. Kelak, kita tidak akan di’lupa’kan Allah.

Dan banyak lagi. Terlalu banyak yang saya perkatakan. Namun, inilah yang menjadi kerungsingan saya sekarang.

Mulut manis berbicara, senang melihat orang dapat menerima teguran dan peringatan kita. Tapi, diri ini merasa malu, kerana nafsu yang ditunggang ini belum dapat mendengar dengan baik apa yang mulut berbicara. Saya berasa cukup sedih. Sedih dan takut.

Cukuplah dengan dosa saya sebelum ini yang telah saya lakukan. Kali ini pula, saya hanya menambahkan murka Allah terhadap saya. Terlalu banyak perkara yang saya nyatakan di atas tadi belum dapat saya istiqamahkan. Bagaimana mungkin saya dapat menarik hati orang lain, jika hati saya sering kali memungkiri janji, dan bertambah hitam hati dari menerima hidayah Allah.

Astaghfirullah… astaghfirullah…


Mulut ringan berbicara, tapi anggota berat untuk bekerja. Fikiran sentiasa dilaghakan dengan dunia, kononnya diri ingin berjuang di jalan Allah, tapi diri ini juga yang mendatangkan murka Allah dalam masa yang sama.. Sedangkan hati kecil pilu dan sayu dila dipukul dengan kemarahan ibu, inikan pula kemurkaan Rabbul Jallal… cukuplah. Cukuplah..


Sungguh, saya cuba diamkan mulut sementara dan gerakkan anggota untuk bekerja dengan ibadat yang diulang-ulang dari dulu sampai sekarang. Saya terus dan terus mencatit apa sahaja yang saya telah ucapkan, supaya menjadi nota pada diri, tentang tugasan yang belum selesai.

Sia-sia saya ditarbiah Ramadhan dahulu, kalau hasilnya hanya daki dosa dan maksiat…

Mulut yang banyak bercakap ini lebih dahulu dicela dari telinga-telinga yang telah mendengarnya…

Hanya renungan sendirian mampu menemani duka saya sekarang..

Biarlah hembusan nafas istighfar terus senak di dalam dada ini..

Share this article :
 

+ ulasan + 2 ulasan

November 13, 2009 at 5:42 PM

Salam syeikh,
Taw x sbb pa tender nta kt kolej kdiaman prmpuan ja, prmntaan tggi syeikh.

terasa jgak ana nih, ana pn bg tazkirah..

November 13, 2009 at 11:27 PM

salam syeikh...
'permintaan' yang mengundang gelisah di jiwa syeikh, kalau tak dapat nak istqamah...
juga sebagai peransang kepada jiwa yang lesu...

sama-sama muhasabah...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger