Permulaan, pertengahan atau pengakhiran??


Assalamu’alaikum

Menulis untuk menafsir kehidupan,

AlhamduLillah, akhirnya telah bermula semester baru pengajian saya di universiti. Setelah bercuti dan ‘berehat’ selama hampir 3minggu di rumah ayah saya. Ya, saya hanya hidup menumpang d rumah ayah saya, dan di universiti juga saya hanya menumpang di rumah kolej kediaman yang bukan hak saya, dan hakikatnya saya hanya seorang hamba yang tidak punya apa2, hidup menumpang di tanah dan udara ALLAH, tanpa dikenakan sebarang bayaran pun. Kalaulah dikenakan bayaran, mau pinjam dengan Ah Long lah jawabnya. Shukur Alhamdulillah…

hampir 3 minggu di rumah bukanlah satu tempoh yang lama, bahkan tak puas rasanya bila dapat balik ke pangkuan bonda. Salah satu nikmat dunia yang saya perolehi. Tak sempat nak rehat lama2, bahkan saya ingat lagi sebaik sahaja sampai rumah hari tue, akh taufiq terus sms kata ada nadwah kat sekolah. Tak sempat nak jumpa abah ummi yang bekerja, terus stat motor pergi sekolah. Tapi saya puas, puas hati dapat pergi memenuhi harapan(walaupun mungkin bukan harapan) urusetia. Kekadang, dapat jumpa mereka pun dah cukup memuaskan hati saya. Ukhwah tak dapat dilihat, hanya dapat dirasa manisnya.

Umi dan abah memahami, dan saya juga tidak mahu kepercayaan mereka terhadap saya dirosakkan. Walaupun pernah tidak pulang ke rumah,namun mereka memahami diri saya. Dan saya sendiri pun tidaklah melencong ke tempat lain, nak pergi jauh2 pun, motor pun dah uzur macam tuannya. Nikmat yang masih bertahan sampai hari ini, Masha Allah…

Macam yang saya katakan dahulu, cuti tempoh hari saya ada buat perancangan yang ringkas2, sekadar merangka perjalanan hidup. Maklumlah, kata orang semangat di awal semester ni. Sahabat saya pun ada bagitau ini menjadi permulaan yang baru baginya.
PERMULAAN??

Saya berfikir sejenak, adakah saya sendiri dalam peringkat permulaan hidup?? Ataupun saya sudah berada ditengah-tengahnya??
Bagaimana jika ‘this is the end of my life’?

Kekusutan saya terus diredakan dengan penawar hati :

“Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah dating ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).”
(mafhum surah Yunus, 49)

Sayyid qutb menguntaikan kata-katanya sekali lagi kepada saya :
“apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tapi jika kita hidup selain dari kita (fikrah kita), sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya dengan luputnya manusia di muka bumi ini”

Persoalannya bukan pada umur kita yang panjang, tapi pengisian dalam jangka umur kita itu. Apa guna jika umur panjang diisi dengan maksiat kepada Rabb?? Seorang sahabat nabi( Muadz tak silap saya), dapat merasai nikmat iman dan islam hanya 6 tahun, tetapi di saat kematiannya, bergegar langit Allah, kerana malaikat yang merintih pemergian sahabat yang mulia itu. Subhanallah….

Tidak perlu kita risau mengenai angka yang ada pada diri ini, yang tetap akan bertambah walaupun disekat. Apa yang penting, sentiasa BERSHUKUR, BERUSAHA dan BERINGAT; shukur apa yang ada sekarang ini, berusaha untuk yang lebih baik, dan beringat-ingat dalam setiap langkah.

Farid hadhari pula berkata :
Bagiku, tidak perlu kusibukkan dengan pengakhiran (kematian) yang elok, ataupun permulaan yang sempurna, tetapi apa yang berlaku di antaranya. Akhir itu urusan ALLAH, mula itu singkat sahaja,namun diantaranya adalah tawakal dan ikhtiarku...

~sekadar menghilangkan sedikit kekusutan di perjalanan…

3-12-2008

5 Dzulhijjah 1429H
12.32 AM-kksi
 

tidak seperti yang kusangka...

Assalamu’alaikum wa ahlan wasahla...

Menulis untuk menafsir kehidupan..

Aku teringat semasa di bangku sekolah dahulu, di tingkatan 5, aku mengambil subjek Add Math untuk diisi di dalam slip SPM ku. Subjek yang agak menggerunkan. Bukan kerana spesies ni makan orang, tetapi orang kata ‘makan otak’ nak menjawabnya. Ma’lumlah, dah tak suka, memang alasan yang dikemukan dahulu. Yang menarik perhatianku, pabila masuk tajuk ‘probability’;ataupun istlah melayunya kebarangkalian. Menarik, math juga ada kebarangkalian untuk mendapat sesuatu jawapan. Tapi apa2pun, formulaya dah ku lupa.

Namun, yang ingin aku kata kan mengenai kebarangkalian, bukan lah berdasarkan formula Add math ini. Tetapi, ‘kebarangkalian’ ini memang berkait rapat dengan ‘sangkaan; tapi mungkin kedua-duanya sama. Maafla kepada ahli bahasa, penulisanku ini tidak sempurna, sekadar lontaran idea dalam minda, dan ku pohon hidayah daripada Ilahi…

Sangkaan; seringkali kita membuat pelbagai sangkaan dalam hidup kita, baik dalam pelajaran, sahabat, teman, musuh, makanan, dan selebihnya. tidak dinafikan, sangkaan kita kadang-kadang tepat. Tetapi dengan adanya perkataan ‘kadang-kadang’, menafikannya ‘sentiasa’ itu. Tepat sekali, sangkaan kita kadang2 betul, dan kadang2 salah, malah mungkin sentiasa salah. Memang sangat kasihanlah bagi mereka yang sebegitu rupa. Namun kita sering mengharapkan sangkaan kita itu sentiasa tepat.

Aku juga tidak nafikan, kadang-kadang sangkaanku tepat, dan ada kalanya meleset. Dan banyak kali aku berbual, dan terbitlah perbualan tentang sangkaan ni.
“ana ingatkan dia tu baik orangnya, rupa-rupanya lebih kurang aku jer”
“aku ingatkan nasi rm3.50, tapi hari ini rm4 la pulak…”
“kawe ingat demo demam, tapi hari ni segar “
“…kusangka hujan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari…”


pelbagai sangkaan yang dibuat. Sekarang, aku nak view from Islamic view pula. Tapi bukanlah secara menyuluruh, sedikit sahaja. Sangkaan, atau kita panggil sebagai presepsi, dan arab sebut ‘dzan’ adalah sesuatu yang fitrah. Hidup memerlukan kepada dzan, kerana ulama menyebut semua perkara jatuh pada taraf ‘dzan’, tidak pada’yaqeen’, kerana yaqeen itu jika ianya terdapt pada nas yang sarih sahaja. Adapun pada hukum dzan, kita boleh beramal padanya.

Merujuk pada situasi sekarang, secara mikronya dalam lingkungan hidup aku, memang terlalu banyak sangkaan yang diucapkan. Tapi apa yang kuterkilan, terlalu banyak sangkaan buruk dari yang baik , yang kusendiri dengar dan sering juga ku ucapkan.. AstaghfiruLlah, aku akui, takkan ku hendak berbohong pada diri sendiri. Namun, sudah terang lagi bersuluh telah dinyatakan dalam Al-quran tentang larangan bersangka buruk pada orang, dan kita akui tiada hukum yang lebih baik dari KitabuLlah.

Husnu Dzan; itulah yang sering kali ku tegur diri yang fakir ilmu ini. Kucuba dalam setiap aspek, dan kucuba tanamkan dalam diri mereka yang sekellingku. Ku cuba selagi yang termampu. Motivator menyebutnya ‘think positive’, dan memang kajian kata itu dapat menghilangkan keserabutan dalam kepala. Dan hikmahnya ternyata banyak, adapun kita yang bersangka baik pada orang yang baik, kita di pihak yang betul, pahala pun dapat. Namun, bersangka baik pada orang yang ‘kurang baik’, itu tidak pernah merugikan kita malah menguntungkan kita. SubhanaLlah….Indah ketetapan Allah…namun ada yang masih ‘buta’ tapi ‘celik’ tentangnya…



~Aku terfikir, bolehkah kita ‘husnu dzan’ dalam formula matematik??

3-12-2008
5 Dzul Hijjah 1429H
kksi
 

Ke pangkuan Bonda…




suasana mendamaikan hati.....


Assalam awwalu kalam,

Bismillah,

Menulis untuk menafsir kehidupan…

Hampir seminggu lamanya saya berada di pangkuan 'bonda' tercinta, ibunda dan juga Kelantan yang ku sayangi. Setelah lama berada di luar sana, akhirnya saya balik ke 'kubu pertahanan' untuk mengembalikan 'tenaga' dalam diri, kerana perjalanan & perjuangan di luar sana masih belum berakhir. Begitu letih berada di luar sana, kadang-kadang rasa terpinga-pinga menghadapi 'racun' yang datang dari segenap arah. Lega bila dapat pulang kembali, walaupun sedikit 'terluka', namun saya melihatnya sebagai satu pedoman, agar tidak terkena lagi kemudian hari..

Apa yang saya madahkan ini???

Sebenarnya, tidaklah seteruk yang digambarkan. Menghadapi hari-hari yang indah di perantauan, satu kenangan yang indah bagi diri saya. Banyak yang dapat saya pelajari ketika berada di luar sana. Namun seperti yang saya katakan, berada di Kelantan lebih melegakan diri saya, kerana 'tenaga' dapat saya kumpulkan di sini. Kalau di sana, susah untuk mendekati para ulama, di sini menjadi kebiasaan penduduk untuk keluar beramai-ramai, meraikan majlis ilmu di Dataran Ilmu Kota Bharu, yang dikenali sbg tempat 'tadahan wahyu' pada setiap pagi jumaat. Diisi dengan variasi kuliah seawall 8.30 pagi (fiqh sirah, fiqh 4 mazhab), diikuti dengan kuliah tetap oleh Tuan Guru Nik Aziz pada pukul 9.30 pagi. Permulaan yang barakah pada hari yang barakah.


Banyak juga 'ubat' dari 'peluru' yang saya dapat di sini. Dengan lokasi rumah yang tidak jauh dari masjid, dan berdekatan dengan Kolej Islam Sultan Ismail (KIAS)nilam puri, suasana yang begitu mendamaikan jiwa yang memandang. Dapat juga saya bertemu ustaz-ustaz dalam perkongsian saya dengannya tentang suasana saya di luar sana. Konklusinya, hati ini dapat merasakan perbezaannya. Saya ingatkan diri ini yang lebih-lebih, namun sahabat yang lain juga berkata sedemikian rupa.

Pernah sahabat saya berkata "*suko la raso boleh balik smula, bezo do oh kalu dok lua nga sinih. Nok cari pondok mudoh, zuk isle tu molek sini la. Kalu dok sano, nak kno cari dulu mano tempak ngaja supo tok guru, tapi balik klate gak, sero selamak jah jiwo nih..haha"

Siapa yang tak rasa damai bila kembali ke pangkuan 'bonda'??

Namun, pada saya, melihat keadaan dari sudut yang lain kerana apa yang saya pegang, "apa yang ALLAH lakukan tiada yang sia-sia, pasti ada hikmah di sebaliknya.."'

see things in positive think.. bila difikirkan, memang banyak yang saya pelajari dengan 'racun' tersebut, kerana ada juga sebahagiannya 'madu' yang manis ditelan…

semester yang kedua akan tiba, apa yang akan berlaku di sepanjang perjalanan, saya pun tidak tahu lagi. Namun, mengagak memang menjadi perkara yang perlu, supaya perjalanan akan lebih elok dari seblumnya. Bukankah mu'min itu sentiasa baik dari ke hari???

Teringat seorang kawan menghantar mesej kepada saya

Salam, brothers, sisters and frends…

Tambah baikkan kekuatan,

Pulihkan kelemahan &perbaiki kesilapan kita 4 da next sem…

I don’t want to see u again,

I just hope to see a BETTER u…

Merancang perjalanan, supaya keredhaan sentiasa dicapai di setiap liku perjalanan…

*seronok dapat balik kelantan, suasana sangat berbeza berbanding dengan di luar sana..nak pegi pondok senang, biah islamiah dapat dirasai di sini. bila kat luar, kena cari kuliah yang macam tok guru punya, tapi klau kat sini, tenteram je rasenye..haha

22 Dzulkaedah 1429H/20 november 2008

12.24 pagi

 

ILMU & MAKLUMAT (II)


Assalam awalu kalam..

Menulis untuk menafsir kehidupan…

Alhamdulillah, imtihan nihaie telahpun selesai kami, pelajar tamidi Shariah walqanun, lalui dengan sempurna. Mungkin agak memenatkan bagi diri saya, tapi segala penat lelah & usaha, saya letakkn kepada tawakal kepada ALLAH… Dia yang berhak menentukan yang terbaik untuk diri saya ini..

Mengenai ilmu dan maklumat,,

Apa bezanya yang kita boleh nampak?? O.k, yang pertama dari segi ejaannya tapi terdapat perbezaan yang lebih nyata, tapi dikaburi oleh pandangan mata biasa..

‘ni kalau dapat result tinggi, mesti dapat anugerah dekan..’

‘Score biar *molek, boleh dapat JPA.. alhamdulillah’

Mungkin ni antara tuturan kwn2 kita yang lain, atau pernah terlintas di hati kita.. tapi adakah kita ini betul2 IKHLAS, dalam mencari ilmu?? Atau kita sekadar mendapat maklumat??

Seorang kawan kita, perangainya boleh ‘tahan’, selalu tak masuk klas. Selalu tertidur dalam kelas, suka buat bising.. boleh tahanla perangai dia.. tapi ble time exam, markah dia pun boleh tahan juga..

Seorang lagi, memang amat baik perangainya, *jughuh. Kelas tak pernah miss, assignment sentiasa siap. Sentiasa bertanya kepada lecturer kalau tak faham.. dia nak tahu kenapa &mengapa..Tapi, markahnya tidak lah sebagus yang seorang lagi..

Ini hanya contoh,

Inilah beza antara mereka yang hanya mendapat maklumat dan mereka yang inginkan ILMU.. semua orang mampu mendapat maklumat.. mereka yang ingin menjadi doctor, tidak perlu kepada hijab yang labuh, tidak perlu menutup aurat, tidak perlu menjga adab untuk mendapat maklumat.. semua mampu mendapatkannya.

ILMU??

Seorang ustaz pernah berbicara kpd saya, hidup ni perlu cari ilmu, bukan sekadar maklumat.. ilmu ini ialah,

SESUATU YANG KITA BELAJAR@FAHAMI, DENGANNYA DAPAT MENDEKATKN KITA KEPADA ALLAH, DAN SEMAKIN KITA CINTA AKAN ALLAH S.W.T.

Meniti muitara kata Imam Malik r.a mengenai ilmu “ilmu itu bukanlah dengan membayakkan riwayat, tetapi ilmu itu adalah CAHAYA yang ALLAH letakkan dalam hati…”

Subhanallah…

Kadang-kadang, perjalanan hidup ini sering kali diuji.. liku jalan yang sukar untuk kita dapatkan ilmu, mungkin juga dengan kegagalan pada pertama kali, tak bermakna gagal selamanya.. Allah menguji kita.. dan kalau kita sentiasa berjaya juga, itu juga ujian dariNya.. fitrah perjalanan…

CARILAH ILMU DALAM KEHIDUPAN, BUKAN MAKLUMAT YANG DIIMPIKAN, TAPI REDHA YANG DIPERLUKAN, UNTUK PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN..=)

12 November 2008/ 12.14pm.

 

ILMU &MAKLUMAT (1)



Assalam awwalu kalam..

Menulis untuk menafsir kehidupan..

“ akhi, xam nie masuk bab apa?? Bagitau la..”

“Yang ni dengar cite masuk dalam xam…”

“Nie hafal sikit-sikit cukupla, mgkin x masuk xam kut…”

“MATILAH aku, ni tak hafal lagi..”

Ini antara dialog-dialg musim xam ni.. semua orang sibuk dengan xam.. imtihan nihaie katakn.. saya pun tak terlepas dengan xam ni..gementar juga rasa di jiwa ni.. tapi timbul dalam benak hati yang jahil ni, “apa tujuan @matlamat belajar sebenarnya???”

“ sorila, ana taktau masuk yng mana, baca jer smua, xrugi pun..”

“baca dan faham, lagi syok kalau kita faham, wlaupun ambik masa..”

“ boleh mati ke kalau xbace??”

Ini saja yang mampu ana kata.. mmg, sapa yang tak tertekan pabila xam penting ni kan.. tapi berbalik kepada persoalan tadi, apa sebenarnya tujuan kita belajar???

IKHLAS; satu perkataan yang ringan di mulut, tp berat untuk dilakukan… sedar@ tak, perkataan ini amat diperlukan dalam kita nak belajar, dan dalam perjalanan kehidupan kita..

BELAJAR + TEKUN+ IKHLAS+ TAWAKAL = MARDHATILLAH

Tidakkah itu tujuan hidup kita yang asal??

Mungkin banyak lagi yang perlu ditambah pada ‘formula’ saya yang atas, tapi apa2pun, ia tetap berbalik pada jawapan yang sama.. jangan disebabkan hadirnya perkataan lain, rosak formula hidup kita…

“Susahla nak ikhlas nie…” mmg itula yang sering kita katakan.

************************************************************************

macam mana terhasilnya nasi yang baik??

Of course, daripada beras yang baik.. hasil nasi itu pabila kita *tanaknya dengan air. Air itu perlulah bersih dari awal, kalau tak nasinya pun jadi kuning@ bercampur dengan karat. At first, kita sukat air tu betul2, then basuh beras tue elok2, buang air kotor, pastu basuh balik. Leceh sikit nak kena basuh bbyk kali, sebab nak bg elok nasi kita tadi.. tapi hasilnya, mmg sedapp kan.. apatah lagi kalau guna beras Taj Mahal…

Sekadar analogi…

kita perlu ‘basuh’ hidup dengan ikhlas betul2.. kita ni bukanlah org soleh, kita perlu dibasuh beberapa kali..hasilnya nanti, ‘cantik’ pada pandangn, ‘enak’ didalamnya.. kerana ‘air’ yang digunakan tadi..sebati dalam diri.. tak siapa yang tahu.. sama seperti nasi tadi..jangan cemarkan ‘air’ tadi dengan ‘karat’ yang halus pada pandangan..’tapis’ dulu elok2..

Saya rasa dah betul cara nak masak nasi tadi.. masih segar dalam ingatan, walaupun dah lama tak masak nasi…

MARDHATILLAH, pencarian yang penting dalam perjalanan hidup ini….

 

istirehah di perjalanan....

asalam awwalu kalam...

menulis untuk menafsir kehidupan......


bismillah....

mutaasif jiddan, sudah lama saya tidak updatekan blog nih... nak kata sibuk, bleh la jgk... imtihan nihaie dah stat, saya pun tak la prepare sangat.. tapi perjalanan harus diteruskan... kekadang, perlu jgk ada istirehah, bukan untuk berhenti lelah, tapi untuk meneliti perjalanan yang sebelumnya... mgkn ada kekhilafan dipertengahannya...

apapun yang berlaku, diri ini masih disini.. mencari kebenaran demi kebenaran.. menafsir diri demi kemajuan agama..

istirehah???? ni yang saya ingin sajikan... untuk renungan...dari kumpulan the zikr:

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta : OVA Productions
 

antara keinginan & KEREDHAAN

Menulis untuk menafsir kehidupan, bismillah......

Sudah lama ana tak update blog ni. Sampai ada yang komen plak.. shukran akhi. Ada jugak yang ambik tahu..ana dalam dilema sepanjang minggu. Tak tahu apa yang patut dilakukan. Walauapapun, ALLAH ada sebagai tampat mengadu. Ana tak mampu untuk menghadapinya sendirian.. tapi bila difikirkan, sudah tentu ujian bagi anbia terdahulu lebih hebat. Apa lah sangat nak dibandingkan dengan apa yang ana hadapi sekarang. Terlintas dalam fikiran ana, peringatan dari MAHA ESA:

alif, lam, mim... apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakn, kami telah beriman, sedangkan tidak diuji... dan sungguh, ALLAH telah menguji org2 sebelum mrk, maka ALLAH pasti mengetahui org2 yg benar dan mengetahui org2 yang dusta....”(mafhum ayat surah al-ankabut)

Masha ALLAH.... bila dihitung balik, apa sangatla yang ana hadapi... layakkah ana gelarkannya ’ujian’???

Keinginan; suatu sifat yang timbul bagi setiap insan yang mempunyai nafsu.. sama ada kearah kefasadan, atau kearah ketaqwaan..

maka Dia mengilhamkan kpdnya jalan kejahatan, dan juga jalan ketaqwaan....”

(mafhum ayat surah as-syams)

Keinginan ana untuk melanjutkan pelajaran di bumi anbia, moga2 satu keinginan menuju kpd ketaqwaan… menuju kepada kematangan diri… menuju kepada satu destinasi…MARDHATILLAH….

Tapi tanpa keredhaan, ibarat pintu kepada kejayaan, pintu kepada kecemerlangan,…dan pintu kepada syurga… apa lagi erti hidup seorang muslim.. Redha yang terutama, ALLAH… dan redha terpenting…IBUBAPA… Malah, dengan redha ibubapalah, yang dapat menjamin keredhaan Ilahi… Subhanallah….

Jadi, apakah ujian ana hadapi sekarang???? Antara keinginan ana, dan keredhaan yang ingin ana capai. Tapi, inikah dipanggil ujian?? Atau sekadar, permulaan kepada erti kehidupan... Apa pun yang berlaku, ana tak pernah anggap semua ni berlaku secara tidak sengaja, dan sia-sia.. pasti ada hikmah dan alamat daripadaNYA...

Keinginan ana memang yang terdahulu, tetapi KEREDHAAN lebih besar dari itu...

 

bismillahirahmanirrahim......

"ana nak buat blog ni...bleh tolong ana tak?"
"blog senang je. nanti ana ajarkan," akh mansur menjawab..." tapi bayarla.."
26 ramadhan, bersamaan dengan 26 september 2008, pertama kali ana melayari blog. mungkin agak tertinggal dari yang lain, tapi sudah lama ana melihat laman-laman blog kawan-kawan ana, terdetik juga rasa di hati nak buat satu laman blog. ingatkan susah, tapi lebih kurang 'friendster'. ramai orang kata blog ni ada manfaatnya, ada kata lebih banyak benda buruk yang timbul.. tapi ana ambil jalan yang tengah; bergantung pada niat. teringat ana pesanan tuan guru dato' nik abdul aziz nik mat, ulama terkenal di kelantan. Dia pesan kalau boleh, gunakan setiap teknologi maklumat sekarang ini untuk iqamatuddin. jika ada henset, gunakannya untuk kebaikan. jika pandai dalam memasak, tunjukkan ciri-ciri islam dalam masakan; kebersihan, penelitian bahan-bahan dan sebagainya. Barulah setiap aktiviti hidup ini, dapt disandarkan kepada ibadat kepada ALLAH. moga tak luput dari ingatan ana jua. Tapi macam mana dengan blog ye???

mungkin ini menjadi satu lagi perjalanan dalam hidup ana. ana cuba sekadar yang mampu. dan sesungguhnya, kehidupan itu satu perjalanan. teringat kata-kata as-syahid, syed qutb;

"apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yg terbatas. tapi jika kita hidup kerana selain dr kita, krn fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. bermula dari bermulanya kita dan akan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.."

solat jumaat dah hampir, mungkin sempat sambung malam nanti.. akh mansurla jadi tempat nak tanya jap lagi..tapi dia dah nak balik kat terengganu, kena pandai-pandailah buat.. kena fokus matlamat betul2 nie....moga ALLAH merahmati kerja ana ini...ameen
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger