renungan 'Nur Malam'...

aku pejamkan mata, dan kuhayati bait lagu ini....
ku biarkan liriknya berkata-kata....
dengarkanlah, dari dasar hati kalian, dan hatiku...

Nur Malam

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap Tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding yang Esa
Terharu, terfikir betapa Agungnya Tuhan.....

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
NAmun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai Tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
kuharap terimalah taubat...

"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji (Allah), yang berhijrah, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah perbuatan mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembiralah orang-orang mukmin itu."

~mafhum surah at-taubah; 9:112)
Share this article :
 

+ ulasan + 2 ulasan

April 14, 2010 at 8:33 PM

salam 'alaik..lagu ni byk mmbuka mata kita..alhamdulillah..nama blog ana pun berdasarkan lagu ni..

April 14, 2010 at 10:00 PM

salam 'alaik..
salah seorang sahabat ana yg mengembalikan ana kpd 'renungan' ni..

sesuai dengan jiwa yg bergelumang dgn luka dosa..
moga dijadikan muhasabah..
syukran..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger