Kerana Tasbih Merah... (bahagian pertama)



Malam semakin tua. Jarum pendek pada jam dinding menghampiri nombor dua. Sudah hampir dua jam lebih laptop kecil kepunyaannya di'on'kan. Papan kekunci terus ditekan jari jemari kasarnya. Sambil menikmati nescafe sejuk di sudut kanan meja tulis, sesekali badan menyandarkan diri ke kerusi kuning itu mengambil sedikit nafas lega. Menghirup angin malam yang dingin, sambil mengurut kelopak matanya yang kian cengkung, tidak secocok dengan usia mudanya.



Idris mengurut janggut kecilnya sambil mata kecilnya menyemak tulisan dan ejaan pada tugasan yang perlu disiapkan segera. Berhadapan ustaz yang syadid dalam menyemak tugasan, Idris cukup berhati-hati dalam menyiapkan tugasan itu walaupun malam sudah hampir menutup tirai. Bukan satu kepelikan bagi dirinya, saat manusia memberi ruang malam untuk berehat, jiwa si muda ini menahan nafsu tidurnya kerana cita-cita yang ingin dicapai. Ketekunan alim ulama terdahulu menjadi sandaran. Tidak sia-sia buku 'Nilai Masa Disisi Ulama' yang dipinjamnya dari masjid menjadi pembakar semangat untuk terus belajar dan berusaha tanpa meletakkan letih dan jemu dalam kamus hidup.

Laptop di'off'kan. Nescafe disudut meja tadi dihabiskan agar tidak membazir. Sambil membelek senarai mutabaah harian yang perlu dibuat, Idris menyemak mesej-mesej di dalam hanset, bimbang jika ada mesej penting yang belum dibalas.

Jam 2.30pagi, dia memperbaharui wudhu' yang diambil sewaktu hendak belajar tadi. Masih ada amalan harian yang belum dilakukannya. Solat hajat dan juga membaca al-quran 2helaian.

2rakaat solat sunat dikerjakan. Al-quran berkulit coklat hadiah dari bonda tercinta dibeleknya. Reben kuning yang dijadikan penanda terhenti pada awal surah Al-Hasyr. Idris membasahi tekaknya dahulu dengan air mineral yang dibelinya awal pagi tadi. Matanya menekuni tiap ayat yang dibaca beserta mafhum ayat disebelah kanan dan kiri mashaf kecil itu. Tiba-tiba, bacaan merdunya itu terhenti pada satu ayat. Sebak di dada tak mampu ditahan lagi. Mata cengkungnya dibasahi lagi dengan air mata. Kalam istighfar tidak putus-putus keluar mulut. Tidur malamnya sekali lagi dibasahi dengan rintihan sayu, insan muda bernama Idris.

*****

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hasyr, ayat 18-19 mafhumnya:
" wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah dipersiapkannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

"Dan janganlah kamu seperti orang yang lupa kepada Allah, hingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik."

Share this article :
 

+ ulasan + 6 ulasan

December 13, 2010 at 7:49 AM

cerita diri sendiri?huhu

December 13, 2010 at 8:07 AM

Moga terus istiqomah untuk menulis dan menulis....

Kalaulah pejuang besar pun mampu untuk memberikan sumbangan idea merekaa dengan menulis..

enapa tidak kita,, yang taklifannya sedikit cuma...

Islah Nafsak.... Wad'u Qairak...

December 13, 2010 at 4:24 PM

wah.. bercerpen juga ye... ok2.. bgus.. nmun kak cadangkan sbg penambahbaikan... cerpennya perlu ditambah sedikit 'jiwa' supaya lebih hidup... ok... slmt menulis abu idris..

December 13, 2010 at 9:14 PM

Erma Fatiha:
cerita sekadar nukilan dari akal yang dangkal, namun ana 'memaksudkan' dengan realiti kehidupan..

ibnuibrahim:
Insya Allah... sama2 menggunakan nikmat baik kefahaman dan benar tujuan utk terus mengukir sejarah sendiri..

K.Sakinah:
sekadar coretan dari fikiran. tak tahu pulak akk pun bercerpen sekarang ni.. ini baru episod pertama, perjalanan cerita akan diteruskan...

December 14, 2010 at 10:38 AM

takdelah bercerpen sangat...
sesaja mengisi masa lapang.. akak bukannya pandai menulis pun... budak baru belajar...

ok.. teruskan menulis dik..

December 14, 2010 at 2:37 PM

alhamdulillah
nampaknya kebangkitan trus terserlah!

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger