tanggung+jawab

Assalamu3laykum....

Menulis untuk menafsir kehidupan…

astaghfiruLlah, sudah lama aku tidak mencoret penulisan dhaifku di laman blog ini. aku merasakan bersalah, bukan kerna ada yang menunggu tulisanku kerana siapalah aku yang ingin menulis penulisan yang berkesan seperti ustaz Hasrizal dengan blognya, atau bermain kata-kata yang cukup indah seperti Ustaz Dzulkhairi. Kalam ma’rifat aku terlalu tumpul untuk berbuat demikian. Pengalamanku terlalu cetek untuk dibicarakan. Kematanganku terlalu ’tohor’ untuk dikongsikan. Namun, aku tidak mahu ruang hidup ku kosong begitu sahaja, seolah-olah aku telah kufur nikmat yang Allah telah berikan. Tidak, tidak sama sekali. aku akan cuba mengisinya selagi termampu.

Kehidupan aku agak bercelaru, walaupun bulan Muharram bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Walaupun aku sudah merancang, tapi banyak kesulitan dan amanah yang perlu aku pikul, menyebabkan perancanganku semacam tidak kesampaian. Pelajaranku sedikit tergendala, aktivitiku sedikit terbantut. Namun saya cuba gagahkan diri. Berfikiran positif ketika ini amat membantu. aku cuba senyum dengan rakan dan sahabat, walaupun hati ini bercelaru dengan masalah. aku cuba berkata-kata yang menyenangkan semua, walaupun jiwa ini masih mencari tempat untuk mengadu... aku rasa seperti mahu lupakan sedikit tanggungjawabku, dan fokus kepada sedikit daripadanya.. bolehkah aku berbuat begitu???

Tanggungjawab; ianya satu benda yang aku kena tanggung, dan kena jawab. Jawab ku bukan di dunia, tapi di hadapan Allah kelak. Kalau aku melepaskan tanggungjawab, bagaimana aku ingin menjawabnya, tatkala mulutku dikunci, dan tanganku akan berbicara, kaki akan bersaksi ke atas segala yang aku kerjakan.... siapapun ketika itu; peguam yang petah berbicara, hakim yang suka menghukum, pemimpin yang bijak merancang, bila bertemu dengan janji Ilahi, siapa yang mampu menghalangnya???

Dahulu, aku sempat untuk bermain komputer, sempat untuk menonton televisyen, sempat untuk membelek-belek buku santai, tapi semua itu telah tawar di hatiku. Sampaikan aku berasa sakit hati bilamana melihat rakanku bermain komputer sampai lewat malam. Mana tak sakitnya, alangkah baiknya kalau waktu itu diisi dengan membaca nukilan Ustaz Fathi Yakan atau mungkin Al-Maududi, ataupun memaniskan bibir dengan zikruLlah, ataupun melakukan sesuatu yang paling tidak memberi manfaat kepada diri???maafkanku jika ada yang terasa.

aku juga perlu muhasabah diri. Memang tidak dinafikan, setiap kita ada kelemahan masing-masing. Cuba yang membezakan, sama ada kita sedar ataupun tidak. Kalau nak disenaraikan kekurangan yang ku ada, mungkin jenuh nak menulisnya. Mungkin orang melihat aku malas, tapi aku perlu gunakan kerajinanku untuk sesuatu yang lebih penting lagi. Mungkin mereka melihat ku mengantuk sepanjang masa, tapi aku gunakan kesegaranku untuk ku isi tanggungjawabku terhadap Penciptaku...

Tak ingin lagi ku bazirkan masa ku dengan benda yang melaghakan, tak sanggup lagi ku tanggung perkara yang tidak sepatutnya kutanggung untuk kujawab dihadapanNYA kelak.. aku sudah tidak sanggup.. AstaghfiruLlah...Allah..Allah..

Aku teringat satu kata-kata:

”you are yourself when you are alone”

Bilamana kita berada bersama rakan-rakan yang lain, kita seolah-olah berlakon. Sedangkan bila kita berseorangan, akan melayang fikiran kita, berfikir tentang siapa kita di bumi Allah ini.. maafla, fikiranku agak buntu sekarang.

Aku tidak peduli sangat pendangan orang terhadapku, kupedulikan PANDANGANMU TERHADAPKU....

Share this article :
 

+ ulasan + 2 ulasan

Anonymous
February 9, 2009 at 2:50 PM

slm. bila saya baca nukilan hati awak, saya teringatkan diri saya, hidup saya yang dlm kkeliruan.apa yg myebabkan awk ada masalah mcm tu? satu je nasihat saya dunia dan manusia xkn berubahutk hati kita gembira. sbb itulah kita kena syukur.Andai kata kita keseorangan tanpa kwn,mengapa harus kita mjadi sedih? Tuhan itu adil. ramai lagi yg lebih berhak utk kasih dan bakti yakni ibu dan keluarga yg xkn khianati kita. Hati yg bersih xmjamin kwn yg ramai. Yg penting adalah ketenangan hidup.

February 11, 2009 at 3:47 PM

shukran atas nasihat....

kerna perjuangan ini takkan pernah ditabur dengan bunga dan wangian, malahan penuh dengan duri dan darah... dan jika pejuang itu dlam keadaan selesa, maka dia itu bukanlah pejuang....

ketenangan hati hanya akan dirasa, saat ALLAH yang ku puja, menjadi ghayahku yang utama..benar, dunia xkn menyenangkan hati kita... krn dunia sekadar fatamorgana, bagi yang menghalusi pandangannya shj...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger