Bersedia untuk apa sahaja.

Saya masih ingat sewaktu di sekolah menengah dahulu, ada satu baris ayat bahasa inggeris yang menjadi mainan di dalam fikiran saya, hanya 3 perkataan:


“expect the unexpected”


Tak silap saya, ayat ini terdapat pada sebuah buku nota kecil saya dahulu yang saya jadikan catatan kuliah agama kerana buku itu kecil tapi mudah dibawa. Sudah hampir beberapa tahun saya mengetahui ayat itu, namun baru saya memahami maksudnya.

Banyak benda yang dulunya saya tahu, sekarang saya faham. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya memahami beberapa nikmat dalam hidup ini sebelum saya betul-betul melupakannya. Semakin banyak perkara yang saya tahu bertukar menjadi faham, semakin saya kenal siapa diri saya. Astaghfirullah…astaghfirullah….


“expect the unexpected”; satu baris ayat yang ringkas, seringkas cara sebutannya. Dengan 3 perkataan inilah juga hampir 10minit sebelum kuliah bermula telah saya kongsikan sedikit tazkirah ringkas kepada sahabat-sahabat sekuliah dahulu, semasa saya masih lagi di tamhidi syariah dan undang-undang. Selaku ketua tamhidi yang kurang ilmu, saya hanya mampu melakukan sedikit perkongsian dengan sahabat yang lain hampir setiap kali sebelum kuliah bermula, namun aktiviti tersebut agak kendur ketika di semester dua kerana alasan yang kurang kukuh dari saya. Maafkan saya sahabat sekalian….


Berbalik kepada ayat tadi, saya mengaitkan sesuatu dengan realiti, kerana saya tidak suka berbicara benda yang panjang lebar tapi bak kata orang kelantan “kecek atas angin". Jadi seringkas yang mungkin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat saya.

“Apa yang saya ingin katakan ialah kita kena sentiasa bersedia untuk apa sahaja yang boleh berlaku, expect the unexpected. Hidup kita ni kena sentiasa bersedia” saya mengulangi ayat yang sama.


“Kenapa saya berkata demikian?? Baiklah, cuba kita kaitkan dengan realiti kita. Contohnya dalam berkawan. Kalau kita sudah berkawan, bererti kita rasa kita serasi dengan dia dan si dia juga selesa berkawan dengan kita. Walaubagaimanapun, kita harus bersedia kerana tidak selamanya dia akan serasi dengan kita. Mungkin suatu hari kita akan berselisih faham dengan dia, atau mungkin bergaduh dengan dia. Jadi, kalau dalam keadaan ini kita tidak menyatakan kesediaan kita, perbalahan yang kecil mungkin boleh menjadi parah.” Lebih kurang beginilah apa yang saya telah sampaikan di hadapan dewan hari itu. Saya menelan air liur sebentar.


“ jadi, saya sendiri cuba menetapkan dalam diri saya, apabila saya telah menyatakan kesediaan saya untuk berkawan atau bersahabat dengan dia, saya juga perlu menyatakan kesediaan saya untuk bergaduh atau berselisih pendapat dengannya. Sudah tentu saya tidak akan terlalu marah atau sedih bila saya telah berbalah dengannya.”


“Contoh lagi, jika saya membeli sesuatu barang, saya mesti bersedia menghadapi kemungkinan bahawa barang itu akan rosak nanti. Memang sudah tabi’e makhluk yang tidak bersifat sempurna dan sementara. Jadi, bila barang itu rosak, hilang atau sebagainya, tidaklah saya asyik bersedih dan seolah-olah menyalahkan taqdir.” Na’udzubillah….

sahabat-sahabat saya makin memahami apa yang cuba saya sampaikan.


Kamu semua pun pernah dengar pepatah melayu, “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri..” terukir senyuman di wajah segelintir mereka apabila mendengar pepatah ini. Ya, ini sudah masuk bab lain ni…


Apabila kita sudah ikrarkan kesediaan kita untuk bersama dengan suami atau isteri (isteri-isteri) kita, bukan sahaja kesediaan untuk berkongsi kebahagiaan dengannya, malah untuk berselisih pendapat dengannya. Barulah bahtera perkahwinan kita itu dapat diselamatkan. Kuranglah berlaku penceraian. Sebab itulah, kata kunci diri saya


“expect the unexpected”.- menyangka apa yang tidak disangka, atau dengan kata lain bersedia dengan apa yang tidak diingini.


“Wahai bakal isteriku, walaupun abang nanti akan menyatakan kesediaan abang untuk mengahwinimu, namun bersedialah, kerana mungkin kita akan berselisih pendapat nanti. Bersedia untuk apa sahaja yang bakal tiba…”

Pesanan buat bakal isteri saya nanti, yang saya sendiri pun tidak tahu lagi siapakah dia….



Al-faqir ilallah.

Kg.perol,

16010 kota bharu, kelantan.

10 June 2009

Share this article :
 

+ ulasan + 4 ulasan

June 13, 2009 at 2:39 PM

slm. pa kbr? shat kot no..
k, slmt mngedit blog. :)

Anonymous
June 13, 2009 at 10:27 PM

Memang alam perkahwinan sangat indah.Amar makruf nahi mungkar menjadi tunjang.The unexpected thing is cabaran yang bakal dihadapi oleh insan bergelar daie.Namun andai syurga dan redhaNya menjadi matlamat,tak terasa peritnya.Hikmahnya berpasangan dengan perjuangan.Manisnya saat bercinta dengan tuhan

June 18, 2009 at 9:44 PM

perkahwinan adalah lambang kekuatan, kesucian dan keharmonian bagi setiap pasangan..seiring;dan sejalan menatap keredaan Tuhan..ibarat terbitnya pasangan dari ufuk timur berpuput lembut..membawa bayu kenikmatan sinari timur..menerangi barat dan mencerahi utara..menggamit selatan seluruh buana..

farid..jgn lupe antr kad 'walimatul urus ei, hehe~~

Anonymous
July 7, 2009 at 8:18 PM

salam, farid. ooooo, saya baca blog ainon. ooopsssss, tbukaklah pulak blog awak. awak tau nk kawin bukannye main2. tp, awak ni dh cukup syaratnye.apapun, kalau, nk kawin, jgn lupa send kad kawin awak kat saya ye. ( tina ) tp, better, guna example lain, maksud saya kurangkan cth yg kawin2, okey?

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger