KITA SUDAH 'TUA'!!

Menulis untuk menafsir kehidupan….


"assalamualaikum syeikh, apa khabar??" Ustaz Tajol menyapa saya yang baru selesai berbicara dengan seseorang. Penggunaan 'syeikh' itu menjadi kebiasaan kami di sini berbahasa.

"wa'alaikumussalam, sihat sahaja."

" kuat betul anta study"

"eh, sikit-sikit je. Study week la katakan."

"dengan siapa anta berbual tadi tue??"

"oh, tu kak ana yang ambil kos biotek"

"oh, kakak anta ke.. ana ingatkan zaujah anta tadi"


Saya terkedu seketika. Tergelak saya mendengar ustaz Tajol bergurau sebegitu rupa. Namun, bukan sekali saya mendengar gurauan begitu. Mungkin ustaz Tajol bergurau atau mungkin tidak. Kalau hendak dibandingkan, memang kakak saya kelihatan lebih muda dari saya, atau dengan kata lain saya kelihatan terlalu tua.

Pernah saya bersama kakak sulung saya ke pesta buku di PWTC, kerana keinginan diri yang membuak-buak untuk mencari buku-buku ilmiah dan peluang sebegitu rupa tidak saya lepaskan. kami meluangkan masa di ruang buku Galeri Ilmu Sdn. Bhd dan 'bertemu' Ummu Hani, seorang penulis buku.

"erm, yang tu suami ke??" soalan bonus menerjah kakak saya sambil mata terarah ke batang tubuh saya.

"eh, tu adik saya!" kakak memberi penjelasan ringkas sambil ketawa. Sebetulnya saya kurang mendengar perbualan mereka, namun ketawa kakak menyebabkan saya dapat mengagak apa

soalan yang ditanyakan oleh Ummu Hani.


Jadi sudah jelas, bukan kakak saya yang awet muda, namun saya yang 'awet tua'!


Usia muda pemikiran 'tua'


Kadang-kadang tergelak sendirian juga. Ramai juga tidak menyangka umur saya baru sahaja 19 (tapi masih belum cukup umur 19 tahun lagi), kerana raut wajah saya seakan-akan berumur 20 lebih. Tidak sedih dan tidak gembira, ada yang mengatakan itu satu kelebihan, ada juga yang kata itu sesuatu yang 'merugikan', namun jika kita melihat segalanya datang dari Allah, tidak ada yang perlu kita ungkitkan. Kita hanyalah hamba.

Bukan persoalan ini yang saya ingin timbulkan, Cuma fikiran saya sekali lagi disentak. Apa persepsi kita terhadap umur kita yang 'muda' ini?? Apa yang seringkali dikaitkan dengan umur, sehingga terbinanya tembok-tembok yang membataskan diri kita??


"farid, kita ini muda lagi. Tak payah la fikir pasal kahwin-kahwin ini. Lepas habis belajar, boleh lah kalau nak fikir

pun."


Di sini saya menyatakan ketidaksetujuan saya dalam bentuk pemikiran sebegini. bukan bermakna saya ingin berkahwin pada usia semuda ini, (walaupun hasrat tetap ada), namun saya melihat adanya tembok-tembok yang kita bina dalam diri ini sehingga membataskan perkara-perkara yang begitu besar. Tembok yang tidak seharusnya terbina, namun dek kerana kebiasaan kita yang melingkungi kehidupan seharian, maka ini yang saya rasa apa yang dimaksudkan dengan pemikiran 'dalam kotak'.


Ini baru bab perkahwinan. Isu ekonomi, politik, kemasyarakatan, antarabangsa dan sebagainya, tidak akan difikirkan oleh golongan-golongan 'muda' ini. Tembok yang dibina menghalang sinar kehidupan yang sebenar. Bila dihidangkan hiburan, gossip, rancangan reality, komedi, dan sebagainya, nah, ini yang kita katakan yang layak bagi golongan muda.


Kita bukan di tahap yang kecil sahabatku sekalian. Dalam Islam, bilakah seseorang itu memegang tanggungjawab agama?? laki-laki selepas bermimpi dan perempuan tatkala datang bulan. Rata-rata yang mencapai tahap akil baligh ini sekitar umur 12-14 tahun, malah ada yang lebih muda. Jadi, kita semua telah memegang tanggungjawab agama seawal usia tersebut. Mana lagi yang lebih besar daripada memikul agama, kerana dengan kata mudah membela agama ertinya syurga dan menentang agamanya ertinya neraka. Kalau usia 11 tahun taklif atas diri, umur 15 tahun Saidina Ali tidur atas katil nabi dalam riwayat yang masyhur, Usamah memimpin gerombolan tentera pada usia sekitar 17(terdapat khilaf), jadi di manakah kedudukan kita dalam membela

agama??? ini yang saya cuba renungkan dalam diri saya sendiri.


Saya mendapat maklumat, Eropah sekarang telah berjaya melahirkan engineer berusia sekitar 15 tahun!! Hal ini didasari dengan kajian pakar yang mengatakan, perkembangan otak bagi dari umur 0-3 tahun ialah sebanyak 85%, dan selebihnya umur selepas itu, maka mereka menggunakan kesempatan usia seawal itu untuk mencapai tahap maksimun perkembangan otak. Dengan kata lain, kita ketinggalan dalam menggunakan peluang yang ada dahulu. Tidak mustahillah, kalau ulama-ulama terdahulu dapat hafaz al-quran seawal usia 9 tahun. Usia perkembangan yang paling baik. Aduh, betapa jauh ketinggalannya kita membicarakan soal kematangan berfikir.

Berfikirlah dengan lebih luas, perkembangkan keupayaan diri seorang muslim sebenar. Kita masih terperangkap dengan acuan yang lama yang sudah lusuh, sedangkan acuan Islam ini sentiasa hebat dan jitu tidak kita jadikan rujukan kita. Mana tidaknya, saya membiasakan diri untuk bercakap mengenai hal-hal perkahwinan sebagai contoh, namun ramai yang mengatakan saya 'gatal'. Saya berbicara soal perkahwinan yang halal lagi dituntut dalam Islam dikatakan 'gatal', mereka yang asyik-masyuk dengan cinta remaja dan couple2 tidak dikatakan 'gatal', jauh sekali mengatakan haram. AstaghfiruLlah…


Jadi, bukanlah terlalu muda usia daan umur Sultan Muhammad Al-Fateh menawan kota Constantinople, tapi kita yang terlalu 'tua' untuk tidak berfikir sedemikian.


Apapun, hasrat untuk kahwin muda saya perlu timbang-timbangkan.

Share this article :
 

+ ulasan + 5 ulasan

May 16, 2009 at 3:40 PM

salaam~

each person hv their own opinion abt getting married at early age. actually, most ppl dont question abt getting married coz it is the one and only halal r'ship btwn non-muhrims, but usually, ppl question on the issue of the age of getting married.

:)

May 16, 2009 at 7:50 PM

Assalamuaalaikum...
Nampaknya gitu eh? Kt tempat ana kalau ada nak kawin memang ada galakan supaya kawin cepat ikut Bait Muslim... hmmm..tp ana tak isi borang lg hehehe.. Apa-apa pun semoga enta cepat diijabkabulkan dgn jodoh yg ditentukan Allah... "wanita yg baik utk lelaki yg baik"
Ramai juga yg berkata jodoh tak perlu dicari, sbb ia sudah ditentukan oleh Allah. Ada juga yg berpendapat begitu ya? ish3...
Insya-Allah kita bertemu tak lama lg...wslm

May 18, 2009 at 3:06 PM

erm.. Ana nih umur dah 18 tahun.. tapi kawan-kawan ana cakap muka ana macam 22..

Ana menundukkan kepala sambil berbisik " Akhi, kita senasib.."

hu~

May 19, 2009 at 9:27 PM

nsdahlia:
yes, like u said "ppl question on the issue of the age of getting married...
but here, I was emphasize on the issue of "the way of young people think" is still in the box...=)
tapi kalau bab kawin ini, truly ana nyatakan ketidaksediaan ana lagi sebenarnya... cuma ana nak cungkil pemikiran sahabat agar melihat hidup dari sudut Islam, bukan adat semata2..ok??=)

nasrullah:
ana pun dapat galakan di sini.hihihi..tapi kawin ni bukan sekadar nak lepas dari buat maksiat, tapi tanggungjwb yang besr yang perlu dipikul... lagipun, ana kna tanya isteri pertama ana dulu lah...

akhi firdaus:
ana menonggak dagu dan tersenyum lalu berkata di dasar hati:
"rupanya ana tak keseorangan...hihihi"

May 28, 2009 at 11:58 AM

alhamdulillah saya dh baca sedikit ulasan di blog anta tentang ap yang anta gtau itu..
syukran sebab ari nie saya dapat tau maklumat terbaru..
isu kahwin muda itu memanglah amat di galakkan dalam Islam..
lebih2 lagi jika kita dh mampu untuk pikul tanggungjawab itu...
appun jodoh itu semuanya di Tangan Allah...
kita hanya berusaha..dan berdoa semoga di pertemukan dengan jodoh yang baik dan beriman..
wallahualam..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger