penting ke???

“adakah kamu (wahai manusia) mengira bahawa Kami yang menciptakan kamu ini secara sia-sia, dan bahawa kamu semua tidak akan kembali kepada Kami?….” (mafhum surah al-mu’minun,115)
Apa sebenarnya matlamat hidup kita?? Pernah tak kita mengambil berat tentang matlamat hidup kita?? Apakah kita dapat hidup tanpa matlamat hidup??

Mungkin bagi kebanyakan orang, mereka masih lagi ibham(kabur) tentang matlamat hidup mereka. Bahkan, ada yang tersalah tafsir matlamat hidup mereka itu.
“aku kalau boleh nak dapat tinggi dalam exam dan nanti gred senang cari kerja.”
“erm, aku kalau boleh nak jaga kecantikan aku ni, nanti dapat boyfriend hensem-hensem..”
“biasa-biasa jela, asal aku rasa puas hati, boleh hidup, ok lah..”

Dan macam-macam lagi yang sering dibicarakan oleh rakan-rakan kita. Adakah ini yang kita inginkan??

Satu analogi.

Seorang pemain bola bermain bola di padang. Pada pendapat kita, apakah yang diinginkan oleh mereka yang berada di atas padang tersebut??? Sudah tentu mereka ingin menjaringkan gol kan?? Kalau tidak, kenapa mereka ingin berada di atas padang tersebut itu. Sama juga seperti seorang yang bermain golf di padangnya. Sudah tentu mereka ingin menyumbat bola golf itu ke dalam lubangnya.

Akan tetapi, bayangkan pemain bola, yang bermain bola, tanpa gawang gol?? Bayangkan juga pemain golf sehebat tiger wood bermain golf tanpa ada lubang golf?? Apa yang kita akan kata?? Bodoh? Ketawa? Geli perut?
Jika kita ketawa atau kata yang bukan-bukan, maka kita juga katakan begitu kepada kebanyakan manusia di bumi ini.

Jika di padang bola ada peraturannya, maka sama jualah di bumi ini. Kita hidup di bumi Allah, makan hasil mahsul dari tanah Allah, menghirup udara ciptaan Allah, tetapi tak tahu apa peraturan di bumi ini… siapa yang perlu kita ketawakan sekarang??

Muhasabah diri kita balik. Adakah kita sudah mengetahui tujuan, matlamat hidup di bumi Allah ini??

Bismillah…
”dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku..”(Al-zariyat,56)

“sesungguhnya Aku jadikan (manusia)di bumi ini sebagai khalifah..”(al-baqarah,30)

“..yang menjadikan mati dan hidup itu untuk menguji di antara kamu yang mana terbaik amalannya..” (al-mulk,2)


Maka inilah matlamat hidup kita di atas muka bumi Allah ini. Hidup kita bermatlamat, matlamat yang membawa manfaat, menjadi bekalan duni a akhirat. Jelaskan matlamat dalam diri kita, semoga kita bukan sebahagian dari mereka ketawakan itu…

~asif, baru sempat nak berkongsi idea...
Share this article :
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger