catatan taubat

Setiap manusia punya hari-hari yang bermakna bagi diri mereka. Tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan, hari pertama masuk university; semua itu direkodkan dan dijadikan ingatan untuk kemudian hari.

Sambutan akan diadakan, samada kecilan atau besar-besaran, bergantung kepada individu tersebut. Yang penting, sesuatu akan dilakukan pada hari ‘peringatan’ tersebut.

Namun, pandangan saya mungkin
berbeza.




Bukan sengaja untuk berbeza, tapi hakikatnya perlu direnungi semula.

Hari yang bermakna ialah hari ini; hari yang saya, kamu, dia dan mereka, masih menghirup udara rahmat dari Tuhan Sekalian Alam.

Manusia lupa, bahawa diri mereka sentiasa diselubungi noda dan dosa. Samada kita sedar atau tidak, hari-hari yang telah kita lalui tidak pernah kontang dengan lumpur dosa sesame manusia, lebih-lebih lagi dengan Tuhan saya, kamu dan mereka. Ya, Tuhan yang Esa, Allah subhanahu wataala. Mengaku sahaja, yang menulis ini juga masih gagal dalam memperkasakan ruhiy untuk memerangi gejolak nafsu yang sentiasa seruannya itu menghala kearah gelap yang hitam lagi pekat.

Kerana itu, mauidzah hukama wajar dijadikan pedoman. Berkata hukama, hidupnya kita hari ini bukan kerana sihatnya tubuh badan kita, kerana syarat mati bukannya sakit tenat. Bukan juga kerana mudanya umur kita, kerana syarat mati juga bukan semestinya tua bangka. Akan tetapi, hidupnya kita pada hari ini kerana kasih sayang Allah kepada hambaNya, yang masih lagi memberi peluang kepada jiwa-jiwa hamba untuk memohon ampun dan taubat kepada Allah diatas segala kesalahan yang dilakukan.

Sayangnya Allah itu kaitannya dengan kepentingan kita, bukan kepentingan Allah, kerana Tuhan tidak pernah berhajat kepada hamba.

Kita yang perlu bersegera meminta maghfirah daripadaNya.

Biarpun terpaksa merangkak, mengesot.

Kerana apa guna hidup mewah, jika tidak digunakan untuk jalan Allah?

Apa guna berpakaian indah, jika hanya meraih pandangan liar lelaki dan syaitan manusia?

Apa guna berbicara, kalau gerakan bibirnya hanya untuk merakus nafsu dunia?

Dan apa guna hidup, jika murka Allah yang diperolehnya??

Share this article :
 

+ ulasan + 2 ulasan

May 31, 2011 at 9:21 AM

Teruskan menulis sheikh..ana nk copy ye,ltk dlm fb.:)

May 31, 2011 at 9:24 AM

Teruskan menulis sheikh..ana nk copy ye,ltk dlm fb.:)

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. FARIDFARUQI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger